Pages

Friday, June 22, 2012

Summary Kelas 21 Jun 2012

Bagi sesiapa yang tak hadir kelas minggu ini. Antara perkara yang kita belajar minggu ni adalah seperti dibawah, sila datang jumpa saya atau tanya kawan-kawan kalau ada kekeliruan. Bagi yang hadir pulak jadikan post ini sebagai ingatan tentang apa yang telah dipelajari dan buat ulangkaji.:

Panduan Shortcut Key:
^ = Ctrl
+ = Shift

Cth: Sekiranya you all jumpa Shortcut Key macam ni ( ^T ) maksudnya korang kena tekan Ctrl + T untuk acces command dia. Begitu juga sebaliknya untuk + (shift).

1. Tools - Tools dalam tab "Modify"
Translate
  • Move - Untuk pindah objek atau bahagian yang diselect.
  • Drag - Untuk move point tanpa perlu select terlebih dahulu.
  • Center - Untuk center objek pada titik origin.
  • Shear - Untuk senget/condongkan objek.
  • Magnet - Untuk menarik/menolak beberapa bahagian point yang dipilih secara lebih "smooth"
  • Dragnet - Kombinasi antara Drag + Magnet
Rotate
  • Rotate - Memusingkan objek
  • Bend - Membengkokkan objek
  • Twist - Putar/Perah Objek
Transform
  • Stretch - Ubah size objek secara tidak sekata.
  • Size - Ubah size objek secara sekata.
  • Segment Scale - Ubah saiz segment.
  • Taper - Sama seperti "Stretch" tapi cuma berkesan pada bahagian menghadap viewport.
  • Taper Constrain - Sama seperti "Size" tapi cuma berkesan pada bahagian yang menghadap viewport.
  • Jitter - Menggetar/Mengkeronyokkan bahagian-bahagian objek.

2. Tools- Tools dalam tab "Multiply"

Extend
  • Bevel - Menimbul atau tenggelamkan bahagian-bahagian polygon yang dipilih.
  • Edge Bevel - Membelah/membuka "Edge" agar terbentuk polygon baru.
  • Rounder - Membuatkan edge yang bersegi menjadi melengkung/membulat/smooth.
  • Extrude - Mengembangkan polygon 2D kepada polygon 3D.(Digunakan untuk memberi kedalaman/depth kepada polygon 2D.
  • Lathe - Digunakan untuk menukarkan path/line kepada bentuk 3D dengan memutarkannya kepada sudut 360 darjah, atau sudut-sudut yang dikehendaki.
Hopefully semua orang boleh buat ulangkaji berdasarkan apa yang telah diterangkan semula seperti di atas. Mana tau kot-kot tetiba mood saya timbul nak bagi pop kuiz.

No comments:

Post a Comment