Pages

Tuesday, June 5, 2012

Prakata - 3D Animation


3D Animation merupakan subjek yang sangat menarik tetapi selalu memeningkan para pelajar yang baru nak mencebur diri dalam dunia 3D atau pun yang kurang berminat dengan matapelajaran ini. Sebab utamanya adalah kerana ianya terlalu teknikal & banyak terma-terma yang belum pernah didengar oleh kebanyakan pelajar sebelum ini; digunakan dalam kebanyakan perisian animasi 3D ini.

Walau bagaimana pun disinilah datangnya tugas dan tanggungjawab seorang pelajar. Lumrah anda semua mencari ilmu harus bersusah dahulu baru dapat merasai nikmatnya kemudian. Oleh itu ingin saya nasihatkan kepada semua yang bakal mengambil subjek ini untuk sentiasa berusaha & jangan berputus asa untuk mendalami ilmu 3D ini.

Dalam subjek ini kita akan menggunakan perisian Newtek Lightwave. Jadi semua bertanggungjawab untuk mendapatkan & install perisian ini dalam komputer masing-masing seawal minggu pertama semester bermula (WAJIB).





PENILAIAN
Untungnya, subjek ini tiada peperiksaan akhir, oleh itu anda semua boleh menumpukan 100% perhatian kepada meningkatkan skill & ilmu dalam bidang animasi 3 dimensi menggunakan Lightwave. Penilaian akan dibuat dibuat dalam bentuk :

  1. Ujian Makmal
  2. Kuiz &
  3. Projek

Criteria yang akan dinilai :
  1. Kehadiran.
  2. Inisiatif/Effort belajar
  3. Kemahiran Modelling
  4. Kemahiran Surfacing/Texturing.
  5. Kemahiran Lighting
  6. Kemahiran Animasi.

PERINGATAN
  1. Sebarang bentuk plagiarism/peniruan dalam kerja kursus,kuiz, projek & sebagainya adalah dilarang sama sekali.
  2. Semua tugasan WAJIB dihantar pada tarikh yang ditetapkan. Penghantaran yang lewat akan dipotong markah.
  3. Jangan hanya bergantung pada apa yang dipelajari di dalam kelas sahaja. Ambil inisiatif untuk membuat research, ulangkaji & perbincangan diluar kelas samada dengan rakan-rakan atau pensyarah.
  4. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mendapatkan/install perisian yang diperlukan pada pc/laptop masing-masing.
  5. Pencapaian anda adalah tanggungjawab anda sepenuhnya.
RUJUKAN
  1. Newtek Forum- http://forums.newtek.com/
  2. Cgtuts+  - http://cg.tutsplus.com
  3. Youtube - http://www.youtube.com - seacrh "Lightwave" atau "Basic Lightwave".
  4. dan banyak lagi - cuba cari...

No comments:

Post a Comment