Tajuk : Pemandangan di Sebuah Bilik
Semester : Jun 12
Tarikh Diberi : 21 Jun 2012
Deskripsi : Para pelajar diminta untuk menghasilkan beberapa objek 3D bagi melengkapkan sebuah pemandangan di ruang tamu atau ruang makan dsbg. Antara objek-objek yang dicadangkan adalah seperti sofa, meja,kerusi,frame gambar, pasu/vase, tv dsbg.
Tarikh Akhir : 2 Julai 2012
Markah : 10
Friday, June 22, 2012
Summary Kelas 21 Jun 2012
Bagi sesiapa yang tak hadir kelas minggu ini. Antara perkara yang kita belajar minggu ni adalah seperti dibawah, sila datang jumpa saya atau tanya kawan-kawan kalau ada kekeliruan. Bagi yang hadir pulak jadikan post ini sebagai ingatan tentang apa yang telah dipelajari dan buat ulangkaji.:
1. Tools - Tools dalam tab "Modify"
Translate
2. Tools- Tools dalam tab "Multiply"
Extend
Panduan Shortcut Key:
^ = Ctrl
+ = Shift
Cth: Sekiranya you all jumpa Shortcut Key macam ni ( ^T ) maksudnya korang kena tekan Ctrl + T untuk acces command dia. Begitu juga sebaliknya untuk + (shift).
1. Tools - Tools dalam tab "Modify"
- Move - Untuk pindah objek atau bahagian yang diselect.
- Drag - Untuk move point tanpa perlu select terlebih dahulu.
- Center - Untuk center objek pada titik origin.
- Shear - Untuk senget/condongkan objek.
- Magnet - Untuk menarik/menolak beberapa bahagian point yang dipilih secara lebih "smooth"
- Dragnet - Kombinasi antara Drag + Magnet
- Rotate - Memusingkan objek
- Bend - Membengkokkan objek
- Twist - Putar/Perah Objek
- Stretch - Ubah size objek secara tidak sekata.
- Size - Ubah size objek secara sekata.
- Segment Scale - Ubah saiz segment.
- Taper - Sama seperti "Stretch" tapi cuma berkesan pada bahagian menghadap viewport.
- Taper Constrain - Sama seperti "Size" tapi cuma berkesan pada bahagian yang menghadap viewport.
- Jitter - Menggetar/Mengkeronyokkan bahagian-bahagian objek.
2. Tools- Tools dalam tab "Multiply"
Extend
- Bevel - Menimbul atau tenggelamkan bahagian-bahagian polygon yang dipilih.
- Edge Bevel - Membelah/membuka "Edge" agar terbentuk polygon baru.
- Rounder - Membuatkan edge yang bersegi menjadi melengkung/membulat/smooth.
- Extrude - Mengembangkan polygon 2D kepada polygon 3D.(Digunakan untuk memberi kedalaman/depth kepada polygon 2D.
- Lathe - Digunakan untuk menukarkan path/line kepada bentuk 3D dengan memutarkannya kepada sudut 360 darjah, atau sudut-sudut yang dikehendaki.
Numeric, Fit All & Center
Sesiapa yang terlupa penggunaan 3 command diatas di sini saya summary kan balik, hopefully you all boleh applykan masa buat ulangkaji atau buat modelling dalam Lightwave.
Numeric (n)
Selain daripada kita melukis cara manual untuk create "Primitive object" kita juga boleh gunakan kaedah "Numeric" sekiranya kita nak very specific dengan ukuran/ measurement objek yang ingin dihasilkan. Cara dia ;
Arahan ini berfungsi untuk paparkan objek secara muat-muat dalam setiap viewport yang ada.
Selepas Fit All
Center (F2)
Center berfungsi untuk meletakkan objek yang telah dihasilkan agar center kepada titik "Origin" :
Sebelum Center
Selepas Center
Harap-harap dengan penerangan diatas sebarang kekeliruan akan dapat dirungkai..(sry ayat buku)
Numeric (n)
Selain daripada kita melukis cara manual untuk create "Primitive object" kita juga boleh gunakan kaedah "Numeric" sekiranya kita nak very specific dengan ukuran/ measurement objek yang ingin dihasilkan. Cara dia ;
- Select mana-mana objek "Primitive" daripada "Create" tab.
- Tekan butang "n", window seperti dibawah akan muncul.
- Ubah mana-mana parameter sekiranya perlu untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Arahan ini berfungsi untuk paparkan objek secara muat-muat dalam setiap viewport yang ada.
- Tekan butang "a"
Selepas Fit All
Center (F2)
Center berfungsi untuk meletakkan objek yang telah dihasilkan agar center kepada titik "Origin" :
- Tekan function key "F2"
Sebelum Center
Selepas Center
Harap-harap dengan penerangan diatas sebarang kekeliruan akan dapat dirungkai..(sry ayat buku)
Tuesday, June 12, 2012
Kelas Cancel & Ganti
Atas sebab yang tak dapat dielakkan saya terpaksa cancel kelas minggu ni hari khamis ( 14 /6/2012) untuk sessi full-time. Oleh itu satu kelas gantian-advance akan dibuat pada hari Rabu (13/6/2012) 4:00-6:00 petang.
Harap Maklum.
Harap Maklum.
Sem June 12 - Student Leader
Saya dah appoint 2 orang student seperti nama di bawah sebagai
student leader untuk kelas kita. Mintak tolong salah seorang dari yang
terpilih untuk buat "Class Verification" setiap kali selepas kelas
dijalankan.
Student Leader - full time
Student Leader - full time
- Azwan Fahmi
- Nur Balkish Zainuddin
- Prema Latha
- Megaraj
Thursday, June 7, 2012
Intro Class - 7 June 12
Kelas pertama ini cuma ada 8 orang je yang hadir dari jumlah yang tidak diketahui lagi. Antara yang hadir adalah seperti berikut. Minta pastikan semua orang dah register subjek dahulu sebelum masuk kelas.
- Balkis
- Hassan
- Ainul Atiqah
- Atiqah
- Mahendran
- Syahida
- Siti Hajar
- Wan Hafiz
- Modeller Interface. (Tools, Tabs, Layer, Viewport)
- Point, Edge,Polygon. (select,deselect & manipulate)
- Move, Rotate object
- Create simple primitive objects.
- Selection method.
- Change Surface (tukar warna/texture pada objek)
- t = Move.
- y = Rotate.
- / = Deselect all.
- alt = Tumble / Rotate viewport.
- alt + ctrl = Zoom / Magnify viewport
- alt + shift = Pan viewport
- ctrl + z = Undo
- z = Redo
Tuesday, June 5, 2012
Jun 12 Sem - Tugasan 1
Tajuk : Video & File tutorial NewTek Lightwave.
Semester : Jun 12
Tarikh Diberi : 5 Jun 2012
Deskripsi : Para pelajar di minta untuk mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pensyarah untuk mengambil file-file dan video tutorial yang akan digunakan di dalam kelas dan untuk ulangkaji. Pastikan pendrive anda mempunyai ruang yang cukup dan bebas dari virus.
Tarikh Akhir : 15 Jun 2012
Markah : 10
Prakata - 3D Animation
3D Animation merupakan subjek yang sangat menarik tetapi selalu memeningkan para pelajar yang baru nak mencebur diri dalam dunia 3D atau pun yang kurang berminat dengan matapelajaran ini. Sebab utamanya adalah kerana ianya terlalu teknikal & banyak terma-terma yang belum pernah didengar oleh kebanyakan pelajar sebelum ini; digunakan dalam kebanyakan perisian animasi 3D ini.
Walau bagaimana pun disinilah datangnya tugas dan tanggungjawab seorang pelajar. Lumrah anda semua mencari ilmu harus bersusah dahulu baru dapat merasai nikmatnya kemudian. Oleh itu ingin saya nasihatkan kepada semua yang bakal mengambil subjek ini untuk sentiasa berusaha & jangan berputus asa untuk mendalami ilmu 3D ini.
Dalam subjek ini kita akan menggunakan perisian Newtek Lightwave. Jadi semua bertanggungjawab untuk mendapatkan & install perisian ini dalam komputer masing-masing seawal minggu pertama semester bermula (WAJIB).
PENILAIAN
Untungnya, subjek ini tiada peperiksaan akhir, oleh itu anda semua boleh menumpukan 100% perhatian kepada meningkatkan skill & ilmu dalam bidang animasi 3 dimensi menggunakan Lightwave. Penilaian akan dibuat dibuat dalam bentuk :
- Ujian Makmal
- Kuiz &
- Projek
Criteria yang akan dinilai :
- Kehadiran.
- Inisiatif/Effort belajar
- Kemahiran Modelling
- Kemahiran Surfacing/Texturing.
- Kemahiran Lighting
- Kemahiran Animasi.
PERINGATAN
- Sebarang bentuk plagiarism/peniruan dalam kerja kursus,kuiz, projek & sebagainya adalah dilarang sama sekali.
- Semua tugasan WAJIB dihantar pada tarikh yang ditetapkan. Penghantaran yang lewat akan dipotong markah.
- Jangan hanya bergantung pada apa yang dipelajari di dalam kelas sahaja. Ambil inisiatif untuk membuat research, ulangkaji & perbincangan diluar kelas samada dengan rakan-rakan atau pensyarah.
- Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mendapatkan/install perisian yang diperlukan pada pc/laptop masing-masing.
- Pencapaian anda adalah tanggungjawab anda sepenuhnya.
- Newtek Forum- http://forums.newtek.com/
- Cgtuts+ - http://cg.tutsplus.com
- Youtube - http://www.youtube.com - seacrh "Lightwave" atau "Basic Lightwave".
- dan banyak lagi - cuba cari...
Labels:
Lightwave,
Penilaian,
Peringatan,
Prakata,
Rujukan
Subscribe to:
Posts (Atom)