Pages

Tuesday, August 14, 2012

Final Project - Movement Inside A Room

Tajuk : Movement inside a room.
Semester : Jun 12
Tarikh Diberi : 9 August 2012
Deskripsi : Para pelajar diminta untuk menghasilkan animasi karektor atau objek yang sedang berjalan / bergerak didalam sebuah bilik. Dalam tugasan ini segala yang telah dipelajari akan dinilai, iaitu dari sudut :
  1. Modelling
  2. Surface / Map / Texture
  3. Lighting
  4. Ringging /Bone setup &
  5. Rendering
Untuk tugasan kali ini jangan lupa juga untuk menganimasikan pergerakan kamera untuk scene anda.

Tarikh Akhir : 30 August 2012
Markah : 40

Tugasan 3 - Animated Logo

Tajuk : Teks / Logo beranimasi
Semester : Jun 12
Tarikh Diberi : 27 Jul 2012
Deskripsi : Para pelajar diminta untuk menghasilkan logo / teks / jenama/brand beranimasi. Gunakan kreativiti untuk menganimasikan objek-objek tersebut. Titik beratkan juga penggunaan cahaya dalam animasi anda.
Tarikh Akhir : 2 August 2012
Markah : 20

Thursday, July 12, 2012

Sumber Gambar Surface

Bagi sesiapa yang tak ingat atau tak tahu mana nak dapatkan gambar-gambar surface untuk objek korang semua, cuba try website-website dibawah ni :

http://www.burningwell.org
http://www.cgtextures.com
http://www.mayang.com
http://www.textureking.com
http://www.imagebank.com dsbg lagi...

Tugasan 2 - Submission

Dear All

Hari ni ( Jumaat 13/7/2012) hari akhir untuk sesiapa yang nak dapat 10 markah untuk tugasan 2. Minggu depan dah kurang jadi 9 dan seterusnya terus berkurangan. So far yang saya dah tengok siap, Mahendran sorang jer baru. Sebelum render pastikan semua objek-objek awak dah siap dengan proper (lighting, surface, camera angle dsbg). Render 3 sudut pandangan yang berbeza bagi bilik awak tu, SAVE *.jpeg dan hantar.

Harap Maklum

1. Mahendran
2. Wan Hafiz
3. Adham
4. Ainul Atikah
5. Hazreen
6. Hanim
7. Syahidah
8. Hassan
9. Balqis
10 . Nazrin Syah
10. Atiqah Zainuddin

Friday, June 22, 2012

Tugasan 2 - Pemandanga Sebuah Bilik

Tajuk : Pemandangan di Sebuah Bilik
Semester : Jun 12
Tarikh Diberi : 21 Jun 2012
Deskripsi : Para pelajar diminta untuk menghasilkan beberapa objek 3D bagi melengkapkan sebuah pemandangan di ruang tamu atau ruang makan dsbg. Antara objek-objek yang dicadangkan adalah seperti sofa, meja,kerusi,frame gambar, pasu/vase, tv dsbg.
Tarikh Akhir : 2 Julai 2012
Markah : 10

Summary Kelas 21 Jun 2012

Bagi sesiapa yang tak hadir kelas minggu ini. Antara perkara yang kita belajar minggu ni adalah seperti dibawah, sila datang jumpa saya atau tanya kawan-kawan kalau ada kekeliruan. Bagi yang hadir pulak jadikan post ini sebagai ingatan tentang apa yang telah dipelajari dan buat ulangkaji.:

Panduan Shortcut Key:
^ = Ctrl
+ = Shift

Cth: Sekiranya you all jumpa Shortcut Key macam ni ( ^T ) maksudnya korang kena tekan Ctrl + T untuk acces command dia. Begitu juga sebaliknya untuk + (shift).

1. Tools - Tools dalam tab "Modify"
Translate
  • Move - Untuk pindah objek atau bahagian yang diselect.
  • Drag - Untuk move point tanpa perlu select terlebih dahulu.
  • Center - Untuk center objek pada titik origin.
  • Shear - Untuk senget/condongkan objek.
  • Magnet - Untuk menarik/menolak beberapa bahagian point yang dipilih secara lebih "smooth"
  • Dragnet - Kombinasi antara Drag + Magnet
Rotate
  • Rotate - Memusingkan objek
  • Bend - Membengkokkan objek
  • Twist - Putar/Perah Objek
Transform
  • Stretch - Ubah size objek secara tidak sekata.
  • Size - Ubah size objek secara sekata.
  • Segment Scale - Ubah saiz segment.
  • Taper - Sama seperti "Stretch" tapi cuma berkesan pada bahagian menghadap viewport.
  • Taper Constrain - Sama seperti "Size" tapi cuma berkesan pada bahagian yang menghadap viewport.
  • Jitter - Menggetar/Mengkeronyokkan bahagian-bahagian objek.

2. Tools- Tools dalam tab "Multiply"

Extend
  • Bevel - Menimbul atau tenggelamkan bahagian-bahagian polygon yang dipilih.
  • Edge Bevel - Membelah/membuka "Edge" agar terbentuk polygon baru.
  • Rounder - Membuatkan edge yang bersegi menjadi melengkung/membulat/smooth.
  • Extrude - Mengembangkan polygon 2D kepada polygon 3D.(Digunakan untuk memberi kedalaman/depth kepada polygon 2D.
  • Lathe - Digunakan untuk menukarkan path/line kepada bentuk 3D dengan memutarkannya kepada sudut 360 darjah, atau sudut-sudut yang dikehendaki.
Hopefully semua orang boleh buat ulangkaji berdasarkan apa yang telah diterangkan semula seperti di atas. Mana tau kot-kot tetiba mood saya timbul nak bagi pop kuiz.

Numeric, Fit All & Center

Sesiapa yang terlupa penggunaan 3 command diatas di sini saya summary kan balik, hopefully you all boleh applykan masa buat ulangkaji atau buat modelling dalam Lightwave.

Numeric (n)
Selain daripada kita melukis cara manual untuk create "Primitive object" kita juga boleh gunakan kaedah "Numeric" sekiranya kita nak very specific dengan ukuran/ measurement objek yang ingin dihasilkan. Cara dia ;
  1. Select mana-mana objek "Primitive" daripada "Create" tab.
  2. Tekan butang "n", window seperti dibawah akan muncul.
  3. Ubah mana-mana parameter sekiranya perlu untuk mendapatkan hasil yang diingini.
 Fit All (a)
Arahan ini berfungsi untuk paparkan objek secara muat-muat dalam setiap viewport yang ada.
  1. Tekan butang "a" 
Sebelum Fit All
Selepas Fit All


Center (F2)
Center berfungsi untuk meletakkan objek yang telah dihasilkan agar center kepada titik "Origin" :

  1. Tekan function key "F2"
Titik Origin
Sebelum Center
Selepas Center

Harap-harap dengan penerangan diatas sebarang kekeliruan akan dapat dirungkai..(sry ayat buku)